Selasa, 17 November 2009

Matlamat Unggul siri 1 Nak ke Tak Nak....

Matlamat Unggul 


Pengenalan


Cikgu yakin pelajar cikgu sekalian  mengimpikan kejayaan di dalam kehidupan..sama ada sedar atau tidak..pelajar mesti mahu hidup senang dan mencipta kejayaan dalam hidup kita...cuma kadang-kadang kita dibuai kealpaan dan tidak tahu menentukan arah tuju hidup kita..Selalu kita mengimpikan jika aku berjaya nanti sudahpasti ibubapa kita merasa bangga dengan kejayaan kita..bukannya semesti kejayaan di dalam peperiksaan sahaja tetapi lebih luas daripada itu...Dalam proses untuk berjaya,kita semestinya mempunyai matlamat hidup."Kenapa ya masa ini saya masih tidak ada matlamat hidup" kata hati kita.Sebenarnya kehidupan kita sudah diprogramkan sejak dahulu lagi.kita dengan taat mengikut sistem itu.Cuba pelajar bersama cikgu... kita renung-renung kan semasa kehidupan kita di sekolah rendah dahulu.Apa yang kita lakukan dari celiknya mata kita hinggalah terpejamnya mata kita.Apa jadual yang telah ibubapa kita susun untuk kita....pagi...kita pergi ke sekolah ..dan petang pula kita pergi mengaji..Begitulah rutin kehidupan kita seharian.Mari kita renung pula kehidupan kita semasa disekolah menengah.Ketika kita berada semasa pendaftaran tingkatan satu,bersama kawan,aktiviti kokurikulum kita.Pada masa ini kita mencari identiti dan gaya kita.Keseronokan dan kekecewaan sering berlaku kepada kita.kehidupan ini telah membuat kita alpa dengan matlamat kita...disini cikgu minta pelajar senarai 5 aktiviti yang kita lalui dalam kehidupan kita sekarang
1.__________________________________
2.__________________________________
3.__________________________________
4.__________________________________
5.__________________________________

Marilah kita lihat... adakah aktiviti yang kita lakukan sekarang mendorong kita untuk berjaya?

     Sebenarnya kita belum terlambat lagi.Masih jauh lagi kehidupan kita..cikgu mengajak pelajar-pelajar supaya....BUAT KEPUTUSAN HARI INI..untuk berjaya dalam kehidupan...Langkah permulaan dalam mencapai kejayaan...ikutlah petua yang akan cikgu coretkan dalam slot yang lain pula...cikgu beri nama slot motivasi cikgu ini adalah slot "MATLAMAT UNGGUL".Cikgu yakin jika pelajar-pelajar mengikuti slot-slot cikgu ini..ia dapat memberi suntikan awal dalam mencapai kejayaan.

       Mulai hari ini ,pelajar cikgu mesti menetapkanlah keputusan untuk berjaya dalam hidup."HARI INI SAYA MEMBUAT KEPUTUSAN UNTUK BERJAYA".tulis besar di dalam kertas.Keputusan kita ini semesti kita semat baik-baik di dalam fikiran kita. Baca selalu keputusan itu untuk membiarkan diri kita merasa bahang kesungguhan kita untuk mencapai keputusan itu...yang penting apa yang cikgu cuba kongsikan ini dapat mencetus idea dan membuka minda pelajar cikgu dalam menentukan halatuju kehidupan.Perkara yang sama juga boleh diaplikasikan bagi pelajar  yang sedang belajar dimana-mana IPTA dan IPTS...cikgu doakan semoga hari ini pelajar telah mengambil kertas dan menulis keputusan yang membantu pelajar mengorak langkah untuk berjaya.Ayuh teruskan usaha menjadi modal insan yang Unggul...




CikguSyam
D'Melbourne


Tiada ulasan: