Jumaat, 4 September 2009

Unggul vs Tunggul

Assalammualaikum....kesempatan yang ada ini..ingin saya mengajak anak didik/tetamu blog Pusat tuisyen ini meneliti youtube ini bagi membuka minda kita.



macamana anak-anak/tuanpuan dengan youtube ini..adakah ini yang dikatakan UNGGUL dalam erti sebenar...dengan mengetahui keputusan SPM..ia menjadi batu ukur untuk kita menilai kejayaan seseorang...Apa yang dimaksudkan dengan perkataan UNGGUL?Apa yang pihak tuisyen ingin dari nama UNGGUL ini?saya ingin mengajak para anak-anak didik/tetamu blog ini untuk merenung sejenak makna disebalik UNGGUL itu...adakah dengan berjaya cemerlang di dalam UPSR,PMR dan SPM itu dikatakan UNGGUL...UNGGUL yang ingin diterapkan di pusat tuisyen ini boleh di ringkas seperti berikut..Unggul dari aspek J E R I

J : Unggul modal insan ini dari aspek JASMANI
E : Unggul modal insan ini dari aspek EMOSI
R : Unggul modal insan ini dari aspek ROHANI
I : Unggul modal insan ini dari aspek INTELEKTUAL

Berdasarkan JERI inilah tertubuhnya pusat tuisyen ini bagi memberi peluang kepada ibubapa atau penjaga menghantar anak-anak mereka untuk kami membantu mengunggul kan diri mereka. Untuk berjaya di dalam peperiksaan boleh dicapai dengan strategi yang berkesan tetapi pusat tuisyen ini memberi kelainan dari aspek UNGGUL JERI tersebut.saya berdoa dan berazam untuk memberi perkhidmatan terbaik bagi memastikan modal yang telah kita laburkan menjadi INSAN Yang UNGGUL...Sokongan semua pihak bukan hentaman harus diberikan bagi memastikan modal insan kita akan menjadi insan yang UNGGUL.Diharap ibubapa/penjaga dapat memberi peluang kepada pihak kami dalam memberi pendidikan tambahan dalam mencapai cita-cita yang sebenar.

Syamsuddin b Farid
Ahli Lembaga Pengarah PTSU

Tiada ulasan: